Wednesday, 3 May 2017

INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR









GAMBAR KENANGAN DI SMK SELINSING,PERAK


Bersama guru pembimbing Pn.Norliza bt Ghazali
.


                                                      Gambar bersama murid 4 Sains


Program motivasi SPM 


Kem Lambaian Kaabah




Sambutan Hari Kemerdekaan


Senamrobik 1 Murid 1 Sukan


Bersama rakan praktikum dan majlis tertinggi pengawas sekolah






FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Menurut Stopper (2000) ,inovasi boleh didefinisikan sebagai memperkenalkan sesuatu yang baru dalam pasaran. Rosenfeld ( 2002) pula memberi maksud inovasi sebagai transformasi pengetahuan kepada produk, proses dan jasa baru. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Resenfiel,inovasi bermaksud menggunakan ilmu pengetahuan yang dimiliki bagi menghasilkan sesuatu yang baharu untuk digunakan atau dipasarkan. Di samping itu, Mitra (2001) menyatakan bahawa inovasi merupakan eksplotasi yang berhasil dari sesuatu gagasan baru. Inovasi juga boleh didefinisikan sebagai melakukan pengubahsuaian terhadap sesuatu produk yang telah sedia ada untuk menghasilkan produk yang baharu. Kaedah pembelajaran yang baru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat membantu untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan ialah :


1) Guru
Guru merupakan individu yang menjadi tunjang dalam pelaksanaan pendidikan. Kewibawaan guru adalah sangat penting menentukan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Guru harus bijak dalam mendorong murid untuk mencapai objektif dalam pelajaran. Seorang guru yang berkaliber seharusnya mahir dalam menguasai material pembelajaran, menggunakan kaedah yang sesuai dengan objektif pelajaran dan memiliki kemahiran interpersonal yang baik.  Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian inovasi yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan. Hal ini demikian kerana apabila sesebuah inovasi dilakukan tanpa melibatkan para guru, mereka akan menganggap inovasi ini sebagai sesuatu yang menyusahkan dan mengganggu mereka dalam menjalankan tugas mereka sebagai pendidik. Oleh itu, inovasi dalam pendidikan seharusnya mengutamakan penglibatan guru itu sendiri kerana mereka lebih faham prospek dalam bidang yang mereka ceburi.

2) Murid
Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan, murid mempunyai peranan yang sangat dominan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan. Hal ini berlaku apabila murid-murid terlibat dalam proses merangka inovasi dalam pendidikan walaupun dengan memperkenalkan kepada mereka objektif pelaksanaan inovasi daripada tahap perancangan sehinggalah pelaksanaan. Peranan murid dalam inovasi pendidikan adalah sangat penting kerana mereka ialah individu yang menerima pelajaran dan penyampai ilmu pelajaran kepada rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, pengenalan tentang inovasi dalam pendidikan adalah sangat penting kepada murid agar mereka dapat membantu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3) Kurikulum
Menurut Akta Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Hal ini menunjukkan bahawa kurikulum di sekolah adalah sangat penting dalam dalam pelaksanaan inovasi dalam pendidikan. Oleh itu, pembaharuan dalam pendidikan perlu sesuai dengan kurikulum sekolah dan kemudian barulah diikuti dengan pembaharuan dalam pendidikan. Jika hal ini berlaku, kedua-duanya akan selari dengan aspek-aspek lain dalam pendidikan.

4) Kemudahan
Kemudahan di sekolah akan mempengaruhi kelangsungan inovasi yang ingin diterapkan. Tanpa kemudahan yang kondusif, pelaksanaan inovasi dalam pendidikan mungkin akan pincang. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas berada dalam keadaan baik agar murid dapat menerima isi pelajaran dalam keadaan yang selesa. Hal ini demikian kerana menurut Rogers (2009), murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum.