Menurut Stopper
(2000) ,inovasi boleh didefinisikan sebagai memperkenalkan sesuatu yang baru
dalam pasaran. Rosenfeld ( 2002) pula memberi maksud inovasi sebagai
transformasi pengetahuan kepada produk, proses dan jasa baru. Berdasarkan
definisi yang diberikan oleh Resenfiel,inovasi bermaksud menggunakan ilmu
pengetahuan yang dimiliki bagi menghasilkan sesuatu yang baharu untuk digunakan
atau dipasarkan. Di samping itu, Mitra (2001) menyatakan bahawa inovasi
merupakan eksplotasi yang berhasil dari sesuatu gagasan baru. Inovasi juga
boleh didefinisikan sebagai melakukan pengubahsuaian terhadap sesuatu produk
yang telah sedia ada untuk menghasilkan produk yang baharu. Kaedah pembelajaran
yang baru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat
membantu untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Antara
faktor-faktor yang mempengaruhi inovasi dalam pendidikan ialah :
1) Guru
Guru merupakan
individu yang menjadi tunjang dalam pelaksanaan pendidikan. Kewibawaan guru
adalah sangat penting menentukan kelangsungan proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Guru harus bijak dalam
mendorong murid untuk mencapai objektif dalam pelajaran. Seorang guru yang
berkaliber seharusnya mahir dalam menguasai material pembelajaran, menggunakan
kaedah yang sesuai dengan objektif pelajaran dan memiliki kemahiran
interpersonal yang baik. Pelaksanaan yang diikuti dengan penilaian
inovasi yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut
berjaya dilaksanakan. Hal ini demikian kerana apabila sesebuah inovasi
dilakukan tanpa melibatkan para guru, mereka akan menganggap inovasi ini
sebagai sesuatu yang menyusahkan dan mengganggu mereka dalam menjalankan tugas
mereka sebagai pendidik. Oleh itu, inovasi dalam pendidikan seharusnya
mengutamakan penglibatan guru itu sendiri kerana mereka lebih faham prospek
dalam bidang yang mereka ceburi.
2) Murid
Sebagai tumpuan
utama dalam bidang pendidikan, murid mempunyai peranan yang sangat dominan.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan
sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen
yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan. Hal ini berlaku apabila
murid-murid terlibat dalam proses merangka inovasi dalam pendidikan walaupun
dengan memperkenalkan kepada mereka objektif pelaksanaan inovasi daripada tahap
perancangan sehinggalah pelaksanaan. Peranan murid dalam inovasi pendidikan
adalah sangat penting kerana mereka ialah individu yang menerima pelajaran dan
penyampai ilmu pelajaran kepada rakan-rakannya yang lain. Oleh itu, pengenalan
tentang inovasi dalam pendidikan adalah sangat penting kepada murid agar mereka
dapat membantu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3) Kurikulum
Menurut Akta
Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini
dan untuk menyampaikan pengetahuan. Hal ini menunjukkan bahawa kurikulum di
sekolah adalah sangat penting dalam dalam pelaksanaan inovasi dalam pendidikan.
Oleh itu, pembaharuan dalam pendidikan perlu sesuai dengan kurikulum sekolah
dan kemudian barulah diikuti dengan pembaharuan dalam pendidikan. Jika hal ini
berlaku, kedua-duanya akan selari dengan aspek-aspek lain dalam pendidikan.
4) Kemudahan
Kemudahan di
sekolah akan mempengaruhi kelangsungan inovasi yang ingin diterapkan. Tanpa
kemudahan yang kondusif, pelaksanaan inovasi dalam pendidikan mungkin akan
pincang. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas berada
dalam keadaan baik agar murid dapat menerima isi pelajaran dalam keadaan yang
selesa. Hal ini demikian kerana menurut Rogers (2009), murid-murid lebih mudah
menerima pembelajaran apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum.
Mummys Gold Casino | Hendon Mob Hotels
ReplyDeleteWelcome to Mummys Gold Casino, the world's 부산광역 출장샵 favourite slots and video 전라북도 출장안마 poker room. Enjoy over 포천 출장샵 600 of the hottest slots and 창원 출장샵 latest table games at the best 파주 출장안마